1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”
Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala
kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada
promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya
bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.
Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang
berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian
mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi
output seperti yang sebelumnya.
Kakitangan sektor kerajaan yang gagal
memperlihatkan atau mencapai prestasi perkhidmatan disasarkan selama
tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan kerja di bawah Sistem Saraan
Baru Perkhidmatan Awam (SBPA Gaji Baru 2012), yang bakal dikuatkuasakan
mulai 1 Januari ini 2012
Peruntukkan bagi Skim Gaji SBPA 2012
baru ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam,
tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan.
2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan
Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :
- Premier
- Jusa
- Pengurusan Tinggi
- Pengurusan dan Profesional
- Pelaksana
Kalau diikutkan gred Premier dan
Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan
kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan
organisasi.
Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali
iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai
pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain
seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang
angkat telepon dan lain-lain lepas ini.
3) Skim SBPA Gaji Baru 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam
Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu :
- Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
- Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
- Markah 75 % – tiada kenaikan
- Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan
4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru
Mengikut formula yang digunakan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya,
gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :
- Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
- Premier – RM40,000
- Jusa C – RM12,000
- Pengurusan & Profesional – RM6,000
- Pelaksana – RM3,000
Skim gaji baru 2012 SBPA ini bakal menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis yang digunakan sekarang.
P/S : Jikalau ada maklumat yang ingin dikongsikan berkenaan dengan Sistem Gaji SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) 2012 yang baru ini, dipersilakan untuk dibincangkan bersama.
PP/S : Ada maklumat tidak rasmi yang kami perolehi, ada yang maklumat yang sudah hampir pasti akan dilaksanakan. Walaubagaimanapun, setakat ini, apa pandangan anda “cakap-cakap” berkenaan dengan skim gaji SBPA 2012 yang baru ini?
Antara intipati pelaksanaan SBPA Gaji 2012 yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
P/S : Jikalau ada maklumat yang ingin dikongsikan berkenaan dengan Sistem Gaji SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) 2012 yang baru ini, dipersilakan untuk dibincangkan bersama.
PP/S : Ada maklumat tidak rasmi yang kami perolehi, ada yang maklumat yang sudah hampir pasti akan dilaksanakan. Walaubagaimanapun, setakat ini, apa pandangan anda “cakap-cakap” berkenaan dengan skim gaji SBPA 2012 yang baru ini?
[UPDATE pada 8 Disember 2011] Pekeliling SBPA Gaji 2012 Telah Keluar Secara Rasmi KLIK SINI
- Gaji SBPA 2012 : pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;
- Gaji SBPA 2012 : pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.
- Gaji SBPA 2012 : pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;
- Gaji SBPA 2012 : pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;
- Gaji SBPA 2012 : peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;
- Gaji SBPA 2012 : peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;
- Gaji SBPA 2012 : pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);
- Gaji SBPA 2012 : penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);
- penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;
- Gaji SBPA 2012 : pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;
- Gaji SBPA 2012 : pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;
- Gaji SBPA 2012 : perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;
- Gaji SBPA 2012 : pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;
- Gaji SBPA 2012 : pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;
- Gaji SBPA 2012 : pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;
- Gaji SBPA 2012 : pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
- Gaji SBPA 2012 : penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;
- Gaji SBPA 2012 : peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan
- Gaji SBPA 2012 : pengekalan pegawai yang menolak gaji SBPA 2012 di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)
No comments:
Post a Comment